..ukhwah yang terjalin..

Tuesday, January 1, 2013

..2013..

.. salam ukhwah..

Mungkin belum terlambat untuk husna ucapkan 

                           SELAMAT TAHUN BARU 2013!!!


Husna perasan, masing-masing sedang sibuk mencari azam baru dan post di dada FACEBOOK. Macam-macam azam ade, yang best nyer banyak kali masing-masing2 berazam, tahun baru masihi berazam, tahun baru hijrah pun berazam jugak. Azam lain-lain pulak tuh. yang ye nyer, korang ni ingat ke x azam korang sebelum ni? ke dah luper??.

Bagi husna, berazam tu x salah, yang salah bila setiap kali tukar tahun baru macam-macam azam yang timbul, tapi x sampai lagi setengah tahun, kalian dah lupe azam kalian. entah-entah, korg x pernah berusaha pun untuk mencapai azam korang tu. sangat tidak bagus kawan-kawan. 

AZAM tu merupakan satu titik tuju sebenarnya. Bila kalian berazam, bermakna kalian menetapkan satu titik tuju yang minimum untuk tahun tersebut. Seboleh mungkin dalam masa setahun, azam itu dipenuhi dan mana tahu akan menjangkau dari azam yang sepatutnya. Jangan berazam mengenai perkara yang kalian tahu tak akan mampu kalian capai. Contohnya, tahun ni mahu ke bulan. Ye, betol azam kalian tu, tapi fikir secara logik, mampu ke nak ke bulan dalam masa 1 tahun? kalau dah ade basic, insyALLAH azam tu akan tercapai, tp kalau azam tinggi melangit tanpa usaha dan hanya angan-angan, sila cari azam yang baru.

Mesti kalian marah husna kan? kononnyer cuma cakap je pung pang pung pang, tp 2 x 5 je berazam tak hengat yang langit tu tinggi. Memang husna ade azam, tp azam husna setiap hari. husna takot tak mampu nak capai azam setahun sekali tu. Husna takut bile husna x mampu nak capai azam tahunan tu, husna jd kurang motivasi untuk tahun akan datang. Husna dah banyak kali jatuh tersungkur, husna tak nak azam yang terlalu tinggi buat husna jatuh lagi. Jadi, husna berazam setiap hari. Tiap hari husna berazam agar ape yang husna buat untuk hari tu akan menjadi perkara yang bermakna dan positif pada masa mendatang. InsyaALLAH, bila berazam hari-hari macam tuh, tak ade la rasa macam berat sangat tanggungjawab.

Doa husna agar kalian berjaya mencapai azam tahun hijrah dan tahun masihi kalian dan sentiasa maju serata positif.


**contengcontengcomot
Jgn mudah putus asa, sentiasa bangkit dan berpositif lah..

1 comment:

Unknown said...

happy new year 2013:)